Thursday, May 28, 2009

PUSTAKA SENI SPS

Pustak Seni ini sebenarnya baru bermula pada awal Januari tahun ini. Tujuannya dilakukan adalah untuk memudahkan pelajar khasnya pelajar seni untuk mencari rujukan berkenaan subjek masing-masing disamping menjadi tempat pertemuan dan pedoman ilmu. Pustaka yang diselia oleh En.Lokman Abd.Samad, pensyarah kursus penulisan ini semakin bergerak aktif sejak permulaan bulan Januari lagi. Banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan antaranya adalah seperti peminjaman buku rujukan, tesis, kemudahan komputer dan internet, majalah, dan suratkhabar. Terdapat pelbagai jenis buku dan majalah yang berkaitan dengan kesenian yang boleh diperolehi daripada perpustakaan ini. Walaubagaimanapun pihak perpustakaan masih meneruskan usaha untuk mendapatkan seberapa banyak yang mungkin buku demi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar.Perpustakaan yang terletak bersebelahan dengan pejabat sekolah seni ini kini sering menjadi tumpuan para pelajar sebelum mahupun selepas waktu kuliah, dengan adanya perpustakaan ini, pelajar lebih selesa membuat kerja masing-masing dan boleh melakukan perbincangan kecil di dalam ruangan yang ada dlam perpustakaan ini. Walaupun saiz perpustakaan ini tidak sebesar mana, namun kewujudannya amat memberi kesan kepada para pelajar mahupun pensyarah. Misalnya, pelajar tidak perlu menyusahkan diri membeli suratkhabar kerana perpustakaan ini menyediakan kemudahan tersebut secara terus dan pelbagai. Melalui cara ini pelajar boleh membuka minda dengan mengetahui isu-isu semasa yang ada di dalam mahupun luar negara. Namun begitu, usaha yang lebih banyak adalah perlu untuk terus membangunkan perpustakaan tersebut agar dapat menjadi pusat yang bukan sahaja menyumbnagkan ilmu pengetahuan malah dapat menjana pemikiran para pelajar.

No comments:

Post a Comment